Hidup kita banyak pilihan..


" Mengapa perlu kita begitu setia pada pintu telah tertutup untuk kita sedangkan ada pintu lain yang terbuka untuk kita. "
Setuju tidak pada madah di atas ? Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju. Depend on pendirian someone itu lah kan. Sebab dalam dunia ada banyak jenis manusia. Cara berfikir berbeza dan itulah yang membentuk pendirian masing-masing. 

Ada jenis orang yang kalau dia nak sesuatu, dia akan berusaha sehabis baik dan takkan mengalah selagi dia tak dapat apa yang diimpikan. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati sang kekasih. Mungkin dengan kesungguhan yang tiada tolok bandingan yang dipamerkan akan membuka hati sang kekasih. Siapa kata dok menyintai orang yang tak menyintai kita itu seorang yang loser ? Siapa sangka dengan sifat loser itu dia akan dapat apa yang diimpikan pada akhirnya. No ones know. Mungkin memang dialah si pemegang kunci hatinya yang telah ditakdirkan.

Ini bukan cakap kosong tau. Pernah terjadi someone tu ditolak lamarannya beberapa kali. Mungkin kalau orang lain taubat dah. Taknak lagi try. Stop. Tapi dia tak putus asa. At last lamarannya yang ke-4 diterima oleh sang kekasihnya itu. Memang betul lah kalau ada jodoh tak kemana. Rezeki dia lah. Dan mereka hidup bahagia bersama until now. Tapi jangan lah taksub sangat dengan pegangan ini sampai bunuh diri kerana gagal. Itu bodoh stupid kuasa doploh namanya.


Dan ada juga jenis orang yang berpegang pada madah di atas. When ur love has been rejected , apa susah, cari saja yang lain. Simple, isn't? Banyak lagi kumbang / bunga yang masih bebas berterbangan dan mewangi kan. Buat apa stick to him / her lagi dah kalau si dia memang dah taknak. Loser gile. Chop! Jangan menghina golongan di atas tu. Pernah dengar pepatah " easy get , easy go " . Haa Jaga-jaga wahai golongan ini. Bukanlah nak merendahkan pegangan korang tu. Tapi berhati-hatilah. Hidup ini kadangkala sengaja mahu kita berusaha lebih dan merasa penderitaan sedikit sebelum bertemu dengan kejayaan di penghujungnya. Jadi jangan lah mudah sangat let him / her go away from ur heart. Just my opinion. No offense. 


Actually dua-dua pegangan itu boleh diguna pakai. Tapi pastikan jangan sampai memakan diri kelak. . Maksud saya berpada-padalah. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat .