TAUHU SUMBAT

TAUHU SUMBAT

Bahan

4 keping tauhu
100 gram timun-dihiris jejari
100 gram lobak merah-dihiris jejari
25 gram sengkuang

Kuah Kacang

200gram kacang tanah
15 gram cili kering
5 gram belacan
5 gram bawang putih
125ml santan
30ml air asam jawa
125ml air
1st garam
30ml minyak masak

CARA

Basuh tauhu dengan air dan toskan.
Tauhu digoreng terendam hingga kekuningan. Setelah masak, angkat, tos dan sejukkan seketika.
Potong tauhu secara menyerong (segitiga). Belah ditengah-tengah tauhu untuk memasukkan sayuran.
Masukkan timun, lobak merah yang telah dihiris bersama tauge. Sumbat hingga padat.

Kuah Kacang

Goreng kacang tanah sehingga garing tanpa menggunakan minyak.
Setelah garing, biarkan sejuk untuk memudahkan proses mengupas kulit kacang tersebut.
Tumiskan bahan-bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih,cili dan belacan)
sehingga garing.
Kemudian masukkan kacang dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan santan dan masak menggunakan api yang pelahan sehingga pekat dan perasakan dengan gula dan garam.
Masak sehingga kuah kacang terbit minyak dari santan tadi, pastikan kuah kacang sentiasa di kacau.

SELAMAT MENCUBA