NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

bahan

1kg beras nasi dagang kelantan dicampur sedikit dengan beras pulut dengan sukatan3
berasnasi
dagang : 1 beras pulut.
-basuh bersih dan rendam dengan halba 2-3 jam sebelum kukus 2 biji kelapa parut ambil 2 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair.

7 ulas bawang merah-mayang nipis
7 ulas bawang putih-mayang nipis
2 inci halia-hiris halus memanjang
1 sudu halba untuk direndam dengan beras
1 sudu halba untuk kuah-tumbuk untuk pecah-pecahkan bijinya
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara

Masakkan santan pekat dengan semua bahan hirisan, halba pecah dan garam hingga menggelegak. Siap.

Kukus beras nasi dagang kali pertama.
Bila wap sudah keluar, biarkan sekejap dan keluarkan.
Semasa panas-panas tu, masukkan santan cair dan kacau hingga santan sebati dengan pulut.
Kukus semula.

Kukus hingga wap keluar. Teruskan mengukus sehingga wap keluar dalam masa 5-8 minit baru dikeluarkan nasinya.
Masukkan santan masak tadi dan kacaulah hingga benar-benar sebati.

Kacau selalu Hidanglah dengan kari ayam atau daging, gulai ikan tongkol, acar dan juga sambal kelapa. Boleh juga letak telor rebus.

P/S
Ada juga yang gunakan santan mentah dan hirisan bawan
dan halia mentah selepas dikukus kali kedua. terpulangla
ikut suka tapi saya dapati guna santan masak menjadikan nasi
dagang lebih tahan lama dan lebih naik aromanya..

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan

2 ekor ikan tongkol - dibersihkan
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
3 in halia*
2 in lengkuas*
2 in kunyit* - semua bahan*dikisar
2 biji bawang besar - dihiris
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 batang kulit kayu manis
1/2 cawan cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 cawan rempah gulai - gaul dengan sedikit air
3 keping asam gelugur
5 cawan santan
Sedikit gula nipah
Garam dan gula secukupnya

Cara

Tumis bawang besar hiris dan kulit kayu manis.
Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.
Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik, gula nipah, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan dan kacau hingga ikan masak.
Sedia dihidang.

P/S
Kalau tidak ada beras nasi dagang, boleh gantikan dengan beras wangi dan beras pulut dengan sukatan 3:1.

SELAMAT MENCUBA