Kek Coklat Basah

Kek Coklat Basah

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1 sudu teh garam

2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1 cawan air panas

Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam didalam mangkuk, dan gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang..

Dalam mixer, pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit.

Masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati, akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu..

Tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat..

tolong yea.. oven kite semua lain-lain kepanaskannyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check