SIAKAP STIM ASAM BOI

S'ekor ikan siakap bsaiz sderhana (dcuci dgn air asam jawa utk mhilangkn bau)
1 ulas bawang besar ( didadu )
2 ulas bawang putih ( dketuk )
2 btang serai ( dketuk )
5 cili padi ( dhiris bulat )
1 limau kasturi (ambil jusnye)
1 tomato ( dbelah 6 )
5 biji asam boi (drendam dgn sdikit air suam)
11/2 sudu mkn sos tiram
1 sudu teh lada itam
1/2 kiub ayam knorr
5 helai daun limau kasturi
Sdikit halia (dmayang )
Sdikit brokoli
Sdikit ajinamoto (abaikn jika xperlu)
~ambil satu bekas, campurkan sos tiram, air rendaman asam boi, perahkn limau kasturi, lada itam, kuib ayam knorr dan ajinamoto...gaul... sebatikan rasa...klu kurang masin tambah cikit sos tiram....tuangkan di atas ikan yg telah dmasukan dlm loyang atau bekas yg sesuai utk mgukus...sudukn sos tadi ke dlm perut ikan dan kepala ikan...
~serai dmasukan dlm perut ikan, taburkan bahan hirisan (sparuh dulu) seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili, daun limau kasturi dan tomato...panaskn pgukus....kukus slama 20 minit....bukak pnutup pgukus, masukan brokoli dan lebihan bahan hirisan tadi.... kukus lagi selama 5 minit (klu perlu...boleh curi2 rasa samada cukup masin, masam ke tidak...klu tidak, bolehlah tmbah pe yg perlu.... ) ok siap...bolehlh dihidangkn...




Resepi Mee Kari Kerang

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak

Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1 kg Kerang atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2 keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah

1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.




Daging Masak Epal Hijau

Bahan2nya:

300 gm daging batang pinang (di hiris)
1 biji epal hijau (di dadu)
1 biji bawang besar (belah 6)
1 inci halia muda (dihiris)
2 ulas bawang putih (di hiris)
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar air limau nipis

Cara memasak:

Goreng daging bersama minyak yang sedikit sehingga air daging kering,angkat sebentar,tumis bawang putih dan halia,masuk semula daging yang telah di goreng,masuk sos tiram,kicap cair,kicap pekat dan lada sulah.jika terlalu kering tambahkan sedikit air, kacau sebati,masuk bawang besar dan epal hijau biar mereneh sebentar,tutup api, akhir sekali masukan minyak bijan dan air limau nipis,kacau sebati sedia di hidangkan.jika suka boleh tambah serbuk lada hitam.




Photo: Daging Masak Epal Hijau
Oleh:Zatie Cookies
FB: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan2nya:

300 gm daging batang pinang (di hiris)
1 biji epal hijau (di dadu)
1 biji bawang besar (belah 6)
1 inci halia muda (dihiris)
2 ulas bawang putih (di hiris)
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar air limau nipis

Cara memasak:

Goreng daging bersama minyak yang sedikit sehingga air daging kering,angkat sebentar,tumis bawang putih dan halia,masuk semula daging yang telah di goreng,masuk sos tiram,kicap cair,kicap pekat dan lada sulah.jika terlalu kering tambahkan sedikit air, kacau sebati,masuk bawang besar dan epal hijau biar mereneh sebentar,tutup api, akhir sekali masukan minyak bijan dan air limau nipis,kacau sebati sedia di hidangkan.jika suka boleh tambah serbuk lada hitam.

Copyright 2014 www.bukuresepi.com

-

Resepi laksam


Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur

* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..

belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus
 
 
Air paip dialirkan pada bahagian bawah periuk setelah laksa tu masak supaya mudah dikluarkan dr loyang...
 
 Loyang yg biasa saya guna buat laksam..sapu ngan minyak masak dulu ye
 
 

Kek Coklat Basah

Kek Coklat Basah

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1 sudu teh garam

2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1 cawan air panas

Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam didalam mangkuk, dan gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang..

Dalam mixer, pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit.

Masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati, akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu..

Tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat..

tolong yea.. oven kite semua lain-lain kepanaskannyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check




RESEPI CHOC GANACHE

RESEPI CHOC GANACHE yg murah & mudah
200 g susu isian sejat (ape2 brand pun ok)
600g coklat masakan (tapi kalau nak lg sedap guna coklat compound)
1 sudu madu atau majerin kacau semuanya sebati.
Caranya:
Potong choc kecil2 supaya mudah cair..
Panaskan susu isian sejat atas api & curahkan dalam choc, kacau sampai cair & last sekali masukkan madu atau butter supaya ganache lebih berkilat
Tips : Tunggu sekejap ganache baru curahkan atas kek.
Jika nak deco tunggu gancahe tu keras sedikit...masukkan dalam piping beg yg ada noozle pastu deco la ikut suka anda...
SELAMAT MENCUBA.......

KUIH KASTURI

KUIH KASTURI

bahan

1 cawan kacang hijau di rebus hingga empuk
1/2 cawan gula
1/2 sudu garam

CARA

bila kacang dah empuk dan air kering, masukkan gula dan garam dan biarkan ianya kering..
angkat dan sejukkan biar betul2 sejuk untuk senang dibentuk
bila dan sejuk ambik adunan sebesar bola pingpong dan leper

BANCUHAN TEPUNG

1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu mentega
secubit garam
secubit gula
1 cawan air.
sedikit pewarna kuning

campurkan semua bahan kecuali air.. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan wisk
celup adunan kedalam tepung dan goreng
sedia untuk digoreng

SELAMAT MENCUBA


 

MURTABAK MAGGI

MURTABAK MAGGI

Bahan

1 maggi kari/dicelur dan ditapis
1 peket perisa kari
2 biji telur
isi ayam
sosej
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih dipotong dadu
Cili Merah/cili padi
daun sup
sedikit garam

Cara

Celur dulu maggi tu, dan tapis.
goreng isi ayam, sosej dan bawang.
Pukul telur dalam mangkuk.
Campur semua bahan dalam mangkuk berisi telur tadi. letak perasa kari. GAUL semua sekali..
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
Goreng macam biasa

SELAMAT MENCUBA


TAUHU SUMBAT

TAUHU SUMBAT

Bahan

4 keping tauhu
100 gram timun-dihiris jejari
100 gram lobak merah-dihiris jejari
25 gram sengkuang

Kuah Kacang

200gram kacang tanah
15 gram cili kering
5 gram belacan
5 gram bawang putih
125ml santan
30ml air asam jawa
125ml air
1st garam
30ml minyak masak

CARA

Basuh tauhu dengan air dan toskan.
Tauhu digoreng terendam hingga kekuningan. Setelah masak, angkat, tos dan sejukkan seketika.
Potong tauhu secara menyerong (segitiga). Belah ditengah-tengah tauhu untuk memasukkan sayuran.
Masukkan timun, lobak merah yang telah dihiris bersama tauge. Sumbat hingga padat.

Kuah Kacang

Goreng kacang tanah sehingga garing tanpa menggunakan minyak.
Setelah garing, biarkan sejuk untuk memudahkan proses mengupas kulit kacang tersebut.
Tumiskan bahan-bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih,cili dan belacan)
sehingga garing.
Kemudian masukkan kacang dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan santan dan masak menggunakan api yang pelahan sehingga pekat dan perasakan dengan gula dan garam.
Masak sehingga kuah kacang terbit minyak dari santan tadi, pastikan kuah kacang sentiasa di kacau.

SELAMAT MENCUBA


 

PENGAT NANGKA DAN PISANG MUDAH



 Bahan-bahan
Nangka dalam 20 ulas
Pisang dalam sesisir
5 sudu besar gula (kalau kurang sila tambah ye)
Garam secukup rasa
2/3 helai daun pandan wangi.
Semangkuk santan bersamaan 2 biji kelapa.

Cara
Masukkan semua dalam periuk, kacau sehingga masak dgn perlahan.

SAMBAL TEMPE

SAMBAL TEMPE

Bahan

1 kpg tempe saiz besar-hiris nipis2
1 mangkok kacang tanah
1 genggam ikan bilis
2 senduk cili mesin
garam, gula n air asam secukupnya
minyak masak utk menggoreng
1 bj bwng besar

Cara

Tempe, kacang tanah n ikan bilis digoreng dahulu
Ambil 1 senduk minyak masak dr gorengan tempe tadi
Tumis bawang hingga garing
Masukkan Cili mesin
tumis hingga cili garing n masak dengan api kecil
Masukkan garam, air asam n gula secukupnya
kacau rata n tutup api
Masukkan tempe,kacang tanah/ikan bilis yg telah di goreng
kacau rata hingga sebati

P/S
Bila sambal tempe dah sejuk blh lah masukkan dlm bekas yg kedap udara supaya sambal tempe tidak lemau/masuk angin 




SALAD BUAH-BUAHAN


Bahan

2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa buah2an)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara

Potong dadu semua bahan yang besar.
Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil

SELAMAT MENCUBA

Gambar: SALAD BUAH-BUAHAN

Bahan

2 biji epal hijau 
2 biji epal merah 
2 biji mangga (yg masak tapi keras) 
1 biji betik exotica 
1 tin nenas kiub 
anggur merah dan hijau 
kismis hitam dan kuning 
3 cawan yogurt (sebarang perisa buah2an) 
3 cawan ice-cream vanilla 
3 s/b oren sunquick 

Cara

Potong dadu semua bahan yang besar. 
Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in. 
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 
dihidangkan dalam mangkuk kecil

SELAMAT MENCUBA

IKAN GORENG TEPUNG

IKAN GORENG TEPUNG

bahan

Ikan kembong/mabong (dibersihkan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk (dari peti ais)
garam
1 sudu besar marjerin
sedikit serbuk kunyit

Cara

Blend kesemua bahan kecuali ikan hingga sebati. Batter hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian, sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan ikan ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Toskan setelah masak. Kemudian, hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau sos cili.

SELAMAT MENCUBA


NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

bahan

1kg beras nasi dagang kelantan dicampur sedikit dengan beras pulut dengan sukatan3
berasnasi
dagang : 1 beras pulut.
-basuh bersih dan rendam dengan halba 2-3 jam sebelum kukus 2 biji kelapa parut ambil 2 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair.

7 ulas bawang merah-mayang nipis
7 ulas bawang putih-mayang nipis
2 inci halia-hiris halus memanjang
1 sudu halba untuk direndam dengan beras
1 sudu halba untuk kuah-tumbuk untuk pecah-pecahkan bijinya
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara

Masakkan santan pekat dengan semua bahan hirisan, halba pecah dan garam hingga menggelegak. Siap.

Kukus beras nasi dagang kali pertama.
Bila wap sudah keluar, biarkan sekejap dan keluarkan.
Semasa panas-panas tu, masukkan santan cair dan kacau hingga santan sebati dengan pulut.
Kukus semula.

Kukus hingga wap keluar. Teruskan mengukus sehingga wap keluar dalam masa 5-8 minit baru dikeluarkan nasinya.
Masukkan santan masak tadi dan kacaulah hingga benar-benar sebati.

Kacau selalu Hidanglah dengan kari ayam atau daging, gulai ikan tongkol, acar dan juga sambal kelapa. Boleh juga letak telor rebus.

P/S
Ada juga yang gunakan santan mentah dan hirisan bawan
dan halia mentah selepas dikukus kali kedua. terpulangla
ikut suka tapi saya dapati guna santan masak menjadikan nasi
dagang lebih tahan lama dan lebih naik aromanya..

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan

2 ekor ikan tongkol - dibersihkan
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
3 in halia*
2 in lengkuas*
2 in kunyit* - semua bahan*dikisar
2 biji bawang besar - dihiris
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 batang kulit kayu manis
1/2 cawan cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 cawan rempah gulai - gaul dengan sedikit air
3 keping asam gelugur
5 cawan santan
Sedikit gula nipah
Garam dan gula secukupnya

Cara

Tumis bawang besar hiris dan kulit kayu manis.
Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.
Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik, gula nipah, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan dan kacau hingga ikan masak.
Sedia dihidang.

P/S
Kalau tidak ada beras nasi dagang, boleh gantikan dengan beras wangi dan beras pulut dengan sukatan 3:1.

SELAMAT MENCUBA

 

SOTONG GORENG TEPUNG

SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan

2 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
2 sudu kecil serbuk kari / ni kalau tak nak letak pun takpe
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder

Cara

Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, step ni penting utk MENGELAKKAN SOTONG MELETUP apabila digoreng nanti. Kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak

P/S
Kalau boleh adunan ni DIPERAP SELAMA 1/2 JAM DULU baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan TEPUNG ELOK LEKATNYE apabila digoreng nanti

SELAMAT MENCUBA


 

SIAKAP 3 RASA

Gambar: SIAKAP 3 RASA

Bahan

Untuk Ikan

2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah

2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara

Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 

SELAMAT MENCUBA

SIAKAP 3 RASA

Bahan

Untuk Ikan

2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah

2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara

Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

SELAMAT MENCUBA

KOKTEL BUAH2AN



KOKTEL BUAH2AN

Bahan

1 tin besar buah campuran
Koktel Buah Hosen
2 tin susu sejat ideal
1 bekas nata de coco
1 paket sumi jeliy
1 mangkuk ais
1/2 gelas air gula (jika perlu/mengikut kesesuaian)

Cara menyediakan
Campurkan kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Sedia untuk dinikmati.

Ps
Jika ingin lebih sedap, boleh tambah ice cream vanilla ke atas koktel ini ketika ingin menikmati.

SELAMAT MENCUBA

KUIH LOPIS



bahan
3 cwn beras pulut-direndam 1jam
2 titis pewarna hijau
1/2 biji kelapa parutan putih
garam
daun pisang yg cukup

bahan air gula
3 ketul gula merah
5 dudu besar gula
3 cwn air
1 sudu besar tepung jagung
daun pandan

cara buat lopis
tos beras pulut + titisan pewarna hijau+sikit garam gaul sebati
bungkus dgn daun pisang
daun pisang abu koyak agak2 3 1/2 inci pastu lipat hujung daun yg lembut maksud bawah daun jadi segi 3 baru masuk pulut dgn penuh n lipat ikut 3 segi lipat dgn kemas n ketat pastu semat gan lidi sate
buat sampai habis
panaskan air masuk lopis yg siap dibungkus tadi dlm periuk
tutup periuk biar sampai masak lebih kurang 2 jam
klu kurang air tambah lagi

cara air gula
masak semua bahan gula kecuali tepung jagung
bila dah mendidih masuk tepung jagung yg dibancuh dgn air tadi kacau rata n tutup api tapis air gula

siap dihidang

SAGU GULA MERAH



Bahan
1 bahagian sagu
3 bahagian air

Mula rendam dalam gelas
selama 20 minit

Cara

Rendam sagu dalam 1/2 jam bubuh pewarna kalau nak, pastu toskan.
Jerang air hingga mendidih, tuang sagu, kacau ngan api sederhana selama 6.5 minit hingga tak nampak mata ikan.
Dah masak, tuang dalam acuan, sejukan dan letak dalam peti ais.
Masa nak makan, tuang susu cair sikit & air gula merah, siap
jangankan musim panas, musim tengkujuh pun sedap makan benda ni

Bubuh susu cair/ santan & air gula

Air Gula
300ml air
300g gula merah
200g gula pasir
1/2 st garam
daun pandan

Santan
1 pati santan 




2 air suam, garam