Seri Muka


Bahan2(untuk lapisan bawah)
1 1/2cawan pulut(direndam 3jam)
1@ 1/2cawan santan cair
Sedikit garam
Bahan2(untuk lapisan atas)
2 cawan santan pekat
2 biji telor
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung ubi
3/4 cawan gula(kalau nak manis boleh tambah)
Sedikit pewarna hijau@air daun pandan

Cara2nya:
Panaskan pengukus..
Pulut yg direndam td dikukus dengan santan cair + dengan sedikit garam(pastikan santan menutupi seluruh pulut)..
Kukus dalam 10-15minit..
Bila dah 10 minit..tekan pulut td dengan sudu pelahan2 supaya mampat sikit..biarkan seketika..
Untuk lapisan atas blender semua bahan2 tadi..
Tuang dalam pulut yg telah dikukus dan kukus balik adunan tersebut dalam 40minit-1 jam..
Sejukkan seketika dan boleh dihidangkan.