KETAM GORENG TELUR MASIN

Bahan

3 ekor ketam-bersihkan dan potong 2
10 biji cili padi-potong 2 untuk rasa pedas sedikit
2 tangkai daun kari-ambil daun sahaja
2sb mentega
5 biji telur masin-buang 3 putih telurnya
1sk gula
3sb susu cair
2 ulas bawang putih-diketuk
3sb tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng ketam

Cara

Rebus telur masin. Hancurkan (jangan lupa guna 5 kuning telur + 2 putih telur sahaja).
Ketam digaul dengan tepung jagung (saya letak sedikit garam dan lada sulah). Goreng sehingga ketam rangup dan masak.
Panaskan kuali. Masukkan butter. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga berbau wangi.
Masukkan telur masin. Kacau seketika. Masukkan susu cair, gula, lada sulah dan garam (jangan banyak dah masin pun) secukup rasa. Kacau sekata sehingga berbuih.
Masukkan ketam. Gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidang.
Makan dengan nasi putih. ratah begitu sahaja pun awesome sangat!

SELAMAT MENcuba