IKAN PARI BAKAR

Bahan

4 potong isi ikan pari sederhana besar digaram kunyit
7 tangkai cili kering dikisar
1 batang cili merah dikisar
3 biji cili api merah dikisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 batang serai dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
garam dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi dibelah dua
5 helai daun limau purut dihiris nipis
aluminium foil
daun pisang

Cara

Panaskan kuali serbaguna. Lapikkan dengan aluminium foil dan lapikkan lagi atasnya dengan daun pisang. Sapukan sedikit minyak.

Letakkan potongan ikan pari dan tutup kuali. Bakar sehingga 3/4 masak dengan dibalik-balikkan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama hirisan daun limau purut hingga pecah minyak dan naik bau.

Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

Curahkan sambal tadi ke atas ikan pari yang dibakar dan dihidang bersama potongan limau kasturi.

SELAMAT MENCUBA

 Gambar: IKAN PARI BAKAR