WANITA DAN AKSESORI












Saya seorang yang gemar bergaya sejak zaman persekolahan lagi .  Ada bermacam aksesori antaranya anting2, koleksi kasut, handbag dsbgnya.

Dan sekarang saya suka mengenakan blaus atau dress bersama tali pinggang.  Saya jenis tidak berkira berbelanja demi penampilan diri tetapi tidaklah terlalu obses dgn FESYEN.  Murah @ mahal tidak menjadi keutamaan buat saya. Asal cantik di pandangan mata saya pasti saya akan terus membayarnya di kaunter.

 Murah @ mahal tidaklah sbg ukuran utk kelihatan bergaya asal pandai utk kita mengayakan.





Padanan bag tangan dan kasut juga saya titik beratkan.  Berhias sangat sinonim dengan wanita.  Islam jua menganjurkan setiap Muslim kelihatan indah dengan cara sederhana, bukan berlebih lebihan.








Gelang juga sudah sinonim dengan wanita begitu jua saya.  Sekarang ini saya lebih suka mengayakan dengan gelang mutiara Sabah. Ianya lebih kepada kepuasan diri.  Cukup sekadar ia memberi satu aura positif dan semangat diri.  Bila melihat semula koleksi gelang yang dikumpul saya berasa puas kerana ia adalah hasil titik peluh sendiri serta pemberian dr rakan2 sebagai sempena hadiah dr percutian dsbg nya.