LAKSAM KELANTAN




Bahan-bahan untuk LAKSAM: (6 hidangan)

4 cawan tepung beras
2 sudu tepung gandum
4 1/2 cawan air
minyak masak

Bahan untuk KUAH PUTIH : (di tumbuk halus)

1/2 kg santan
6 ekor ikan sardin (direbus)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
30 biji lada hitam (anggatan nak pedas letak banyak)
Garam dan gula sebagai perasa

Bahan untuk ULAM DAN PERASA :
-Kacang panjang di potong halus
-Daun Kesom
-Kubis
-Timun dipotong dadu halus
-Tauge
-Cili Giling
-Belacan
-Gatam

Cara-cara membuat LAKSAM :
- bancuh semua bahan sehingga sebati
- panaskan kukusan
- ambil tudung periuk atau pinggan besi dan leserkan minyak sedikit
- letakkan bancuhan tadi di atas tudung periuk ataupun pinggan besi tadi. Jangan terlalu tebal
- kukuskan bancuhan atas tudung periuk atau pinggan besi tadi
- bila dah naik wapnya, angkat dan gulungkannya
- biarkan sejuk
- ulang kaedah yang sama untuk yang lain





Cara-cara untuk membuat KUAH PUTIH:
- bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, ditumbuk sekali dengan isi ikan sardin yang telah direbus tadi
- masukkan kedalam periuk dan tambah santan
- masakkan pada api sederhana besar
- kuah hendaklah sentiasa di kacau, bimbang akan naik minyak ataupun berbiji santan
- masukkan garam dan gula sebagai perasa
- bila sudah gelegak sekali terus tutup api dan teruskan kacau.
-Boleh hidangkan untuk yang tersayang.

Cara HIDANGAN
- Potong laksam (ikut suka besar mana)
- Letakkan campuran ulam-ulaman
- Tuangkan kuah putih
- Letakkan sedikit cili giling, secubit belacan dan sedikit garam
- Sedia untuk menjamu selera