KURSUS PEMBANTU TADBIR





kursus di Port Dickson


                                                   Kursus di Melaka



Kursus di KWSP Bangi


Kursus di Marina Resort






NASI ARAB DI SAHARA TENT B.BINTANG


 









 

 
 

 
 

 
 

IKAN PERCIK

apa yang diperlukan untuk menyediakan menu ikan/ayam percik?

Chemek guna 5 ikan kembung saiz besar. Boleh gunakan juga ikan bawal, ikan keli dsb. Pertama, bersihkan ikan. Setelah dibersihkan cucuk ikan dengan lidi satay kalau ada. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Kemudian, sediakan pembakar – arang. ataupun boleh grill saja dalam cooker/microwave yang sesuai utk grill. Sentiasa balik-balikkan ikan yang dibakar. Itu gunanya lidi satay itu iaitu memudahkan kita membalik-balikkan ikan. Tak pun, gunakanlah penyepit besi. Oh Ya, antara petua supaya mudah untuk membalik-balikkan ikan ini, bolehlah kita alaskan ikan tersebut di atas batang daun pisang. Jika ada pokok pisang di rumah, dapatkan daun pisang dan ambil batang daun pisang itu untuk digunakan. Jika tak ada, tak apa lah. Nak buat macam mana.

Antara petua menyediakan dapur arang ini supaya api dan arangnya cepat terbakar dan berbara, gunakan bekas pelapik telur yang berwarna kelabu itu untuk menghidupkan api dan arang tersebut.


Sambil kita memastikan ikan kita dibakar elok. Bolehlah kita sediakan kuah untuk percik ikan/ayam ini.

Apa bahan-bahannya? Pertama, bawang merah 6-8 ulas (lima ekor ikan kembung), 2-3 ulas bawang putih, satu biji cili merah (bagi yang ingin makan pedas atau kuah percik merah). Kisar bahan-bahan ini kesemuanya.

Sediakan 2 gelas santan pekat. Jika guna santan kotak boleh gunakan sekotak santan tersebut dan tambahkan sedikit air.

Campurkan ke semua bahan-bahan ini dalam periuk dan masakkan. Kemudian masukkan pula sebatang serai yang telah diketuk dan air asam jawa (sedikit saja). Jika nak letak asam keping untuk gantikan air asam jawa pun boleh. Tapi hanya guna satu keping sahaja ya.

Kacau dan kacau sehinggalah kuah ini menjadi semakin pekat di atas api/electric yang sederhana ataupun sesuai. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula beberapa sudu. Tak perlu manis sangat sebab jika terlalu manis rasa percik akan lari dan menjadi seakan-akan kuah tumis pula.

Ikan yang telah separuh masak tadi bolehlah dipercikkan sedikit dengan kuah dan kemudian bakar lagi. Setelah ikan masak elok dan kuahnya masuk bolehlah diangkat.

Percikkan lagi ikan yang telah siap dengan kuah yang masih ada. Sekarang ikan percik anda sudah siap untuk dimakan.

Untuk ayam percik – gantikan ikan kepada ayam. Ayam yang telah dibasuh hendaklah dimasukkan sedikit sahaja garam dan halia. Untuk sedapkan lagi ayam masukkan ramuan lain yang sesuai untuk ayam bakar. Percikkan kuah apabila ayam telah masak elok. Jika ayam dipanggang besar ataupun hanya dipotong dua, bolehlah rebus ayam tersebut lebih awal supaya masa membakar lebih singkat. Biasanya Chemek tidak rebus terlebih dahulu ayam tersebut kerana ayam dapat masak molek dalam cooker. Chemek tak pernah mencuba memanggang ataupun bakar ayam dengan dapur arang lagi. Tetapi menurut orang yang pernah, mereka rebus ayam siap-siap supaya ayam itu jadi lambat basi, tidak berbau dsb.

Baiklah, ini sahaja dapat dikongsi pada hari ini.

Selamat mencuba dan selamat berjamu selera!
 

LAKSAM KELANTAN




Bahan-bahan untuk LAKSAM: (6 hidangan)

4 cawan tepung beras
2 sudu tepung gandum
4 1/2 cawan air
minyak masak

Bahan untuk KUAH PUTIH : (di tumbuk halus)

1/2 kg santan
6 ekor ikan sardin (direbus)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
30 biji lada hitam (anggatan nak pedas letak banyak)
Garam dan gula sebagai perasa

Bahan untuk ULAM DAN PERASA :
-Kacang panjang di potong halus
-Daun Kesom
-Kubis
-Timun dipotong dadu halus
-Tauge
-Cili Giling
-Belacan
-Gatam

Cara-cara membuat LAKSAM :
- bancuh semua bahan sehingga sebati
- panaskan kukusan
- ambil tudung periuk atau pinggan besi dan leserkan minyak sedikit
- letakkan bancuhan tadi di atas tudung periuk ataupun pinggan besi tadi. Jangan terlalu tebal
- kukuskan bancuhan atas tudung periuk atau pinggan besi tadi
- bila dah naik wapnya, angkat dan gulungkannya
- biarkan sejuk
- ulang kaedah yang sama untuk yang lain





Cara-cara untuk membuat KUAH PUTIH:
- bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, ditumbuk sekali dengan isi ikan sardin yang telah direbus tadi
- masukkan kedalam periuk dan tambah santan
- masakkan pada api sederhana besar
- kuah hendaklah sentiasa di kacau, bimbang akan naik minyak ataupun berbiji santan
- masukkan garam dan gula sebagai perasa
- bila sudah gelegak sekali terus tutup api dan teruskan kacau.
-Boleh hidangkan untuk yang tersayang.

Cara HIDANGAN
- Potong laksam (ikut suka besar mana)
- Letakkan campuran ulam-ulaman
- Tuangkan kuah putih
- Letakkan sedikit cili giling, secubit belacan dan sedikit garam
- Sedia untuk menjamu selera

IKAN SINGGANG KELANTAN


 
Bahan-bahan; (untuk 4-5 org makan)

1) 2 ekor ikan tongkol sederhana saiz (dipotong sederhana, dibersihkan dan ditoskan)

2) seinci lengkuas (dihiris halus)

3) 4 ulas bawang putih (diketuk)

5) 3 cawan air 

6) asam keping (1 memadai)

7) 5 biji cili padi (diketuk)

7) garam , dan sedikit ajinomoto. (perasakan ikut citarasa masing- masing)


Cara-Cara Memasak;

1) Ikan Tongkol direbuskan dengan air di dalam periuk dengan api yang sederhana.
2) Masukkan hirisan lengkuas, bawang putih, asam keping dan cili padi yang diketuk ke dalam periuk.
3) Masakkan ikan singgang sehingga kuah kelihatan mendidih dan perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.

JALA EMAS



Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dalam kalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.
Thanks to encik Wikipedia tentang info ini.. Jom check resepi Jala Emas J
Bahan-Bahan :
·         20 biji kuning telur itik
·         1 kg Gula Pasir
·         500ml air
·         1 helai daun pandan
Cara-Cara :
1.     Pukul telur hingga kembang, kemudian tapis bagi memastikannya bersih
2.    Masak air gula dan daun pandan hingga mendidih, kemudia buangkan daun pandan
3.    Tuangkan kuning telur tadi kedalam acuan roti jala dan liraikan kedalam air gula tadi
4.    Biarkan sehingga masak seketika barulah diangkat menggunakan chop stick kayu dan lipat memanjang..
5.    Sedia dihidang
Senang je kan? Jom la cuba buat. Mana tahu ada rasa macam golongan bangsawan ke lepas makan kuih jala emas ini J
*** sila lah simpan lebihan putih telur untuk dibuat kuih tahi itik.

     

    AYAM PERCIK KELANTAN





    Bahan-bahan:
    • ½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
    • Sedikit kunyit serbuk
    • Sedikit garam


    Bahan kuah:


    • 1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (Madiha guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
    • 5 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 1 ½ inci halia
    • 1 keping asam gelugur
    • garam secukup rasa
    • 2 sudu kecil gula

    CARA-CARANYA:

    1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.

    2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik

    3. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.

    4. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi.


    Cara kuah percik:

    1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.

    2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping.

    3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.