" PUJIAN IKHLAS @ SEBALIKNYE...

Pernah tak orang lain puji-puji kat korang? Ada kan?? Korang suka dipuji tak??

"Ko cantik la hari ni"
"Erm...ye ke? Cantik kat mane, baju aku ke..make-up aku ni..?"
"Ala...biasalah...aku kan memang cantik...ko baru tau ke?"
"Aik! Hari ni je ke aku cantik...hari-hari sebelum ni aku tak cantik la...??"

Ha ha ha...itu la kadang-kadang tu pertanyaan dan jawapan yang mungkin akan dijawab bila seseorang puji kat kita...pernah tak??

(Aku pun kadang-kadang jawab cam tu gak...jawapan gurau-gurau je pun :)) )

Sebetulnya...bila orang puji, aku rasa segan sangat....bukan ape...aku tak tau ape niat sebenar orang yang puji kita tu sebenar...ikhlas ke...atau sekadar nak uji dan tengok reaksi kita...nak jawab pun serba-salah...

"PANTAI TANPA LAUT...




Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut sejauh saujana mata memandang. Namun di Sepanyol terdapat pantai yang sangat unik kerana ia adalah pantai tanpa laut.
Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach iaitu sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Pantai ini terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut.
Di antara kawasan pantai dan lautnya telah dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan dapat merasai hempasan ombak memukul pantai seperti kebiasaan dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut menuju ke Pantai Gulpiyuri .

ORANG YANG RUGI..

Kata Imam Al-Ghazali:

"Rugi sangat orang yang jahil..
melainkan orang yang berilmu..
 
Rugi sangat orang yang berilmu...
melainkan orang yang beramal..
 
Rugi sangat orang yang beramal..
melainkan orang yang ikhlas.."
 
 
Berkata Abu Abdillah bin Atha' rahimahullahu taala;
"Ilmu itu terhenti di atas amal. Dan amal itu terhenti di atas khlas. Dan ikhlas kerana Allah SWT itu akan membuahkan kefahaman apa-apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Maka, memahami apa-apa yang dikehendaki oleh Allah SWT itulah yang dinamakan ilmu yang bermanfaat."
"Sesiapa yang keluar mencari ilmu dan ia berniat akan mengamalkan dengan ilmunya nescaya ilmunya memberi manfaat akan dia, walau pun hanya sedikit ilmu yang dicapainya."
-Kata-kata Abu Hassan al-Waa'izh yang dicatatkan Imam An-Nawawi rohimatulah ta'ala dalam Kitab Bustanul 'Arifin.