“ DI LEMA SITUASI ORG YG LIAT NAK MEMBAYAR HUTANG”




Orang yang berhutang kita tentu sedia maklum situasinya. Tetapi sebenarnya orang yang memberi hutang juga anda masalahnya tersendiri. Apa masalahnya. Masalahnya ialah bila menuntut hutang orang tak nak bayar.

Aku rasa semua pernah mengalami situasi inikan dimana orang tak nak bayar hutang kita. Kita pulak jadi serba salah nak menuntut hutang kita tue.
Memang susah kalau kita nak menuntut hutang. Jadi satu beban pulak. Rasa serba salah, marah, sakit hati semua ada. Tidak kira orang yang berhutang tue adik beradik, saudara mara, kawan-kawan memang menjadi masaalah. Walaupun kita minta secara direct, pun masih tak jalan jugak. Takkan nak juga cara yang merepek-repek sesetengah blogger yang beri cadangan dalam blog mereka yang memang tak masuk akal langsung. Yang paling kelakar siap bagi idea hantar surat. Poning…poning.

Disini aku senaraikan beberapa cara menuntut hutang. Tapi aku tidak jamin keberkesanannya ok. Kalau berhasil Alhamdullilah…:)

1- Buat-buat nak pinjam duit.

Sekiranya si penghutang semacam buat-buat lupa yang dia berhutang dengan korang, cara paling lembut untuk meminta semula hutang tersebut adalah dengan mengadu masalah kewangan korang (reka-reka sikit pon takpe).Selesai jer buat aduan tu,korang pun cakap lah nak pinjam duit dengan diorang berjumlah sekian sekian (mengikut jumlah hutang tersebut). Selepas itu, korang pon buat-buat lah teringat yang dorang sebenanrnye ade hutang yang belum berbayar dengan korang.
Contoh : “Aku dah migrain fikir mana nak cari duit. Kucing aku gena gastrik, nak hantar gi klinik. Boleh tak aku pinjam kau RM50?”
Tanpa memberi sebarang peluang kepada penghutang untuk menjawab,korang harus cepat-cepat sambung ayat seterusnya.
” Eh baru aku teringat, hari tu kau pinjam RM50 belum bayar lagi kan?Hihi” *sambil mengedip-ngedip mata*

2-Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru penghutang

Korang harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang korang. Apabila korang dapat tahu bahawa penghutang mendapat kerja/mendapat duit loan/, / /masuk gaji/masuk duit pencen/ dan sebagainya, korang harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa mereka untuk meminta hutang.

3- Jangan hilang jejak

Pastikan korang mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang. Seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, no telefon terkini, akaun Facebook, YM/Skype, no telefon dan Facebook rakan-rakan serta bf/gf mereka. Lagi bagus kalau korang ada no telefon family dorang. Tak kira lah adik, akak, abang, mak, ayah,.mertua, ipar ,biras… Sekiranya mereka menukar no telefon atau cuba lari dari korang,korang akan berjaya mengesan mereka melalui orang-orang ini. Dan jika penghutang memang bersikap lepas tangan dengan hutang tersebut, tak perlulah korang fikir 3-4 kali untuk memberitahu bf/gf dan family penghutang tentang perangai busuk mereka.

4 – Bergaul mesra dengan penghutang

Taktik ini juga adalah sejenis teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di Facebook dsb. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra,korang bolehlah selitkan isu hutang tersebut. Sebagai contoh yang pernah aku lakukan di wall penghutang :

Aku : Happy Birthday K !(bukan nama sebenar)
Penghutang : Thank you. Mana hadiahnya?
Aku : Alaa takde hadiah laa. Tak mampu nak bagi
Penghutang : Cmne laa orang kaya boleh tak mampu pulak.
Aku : Sebab ada orang tak bayar hutang kot.
Cerita di atas ini adalah dari kisah realiti.

5- Ayat-ayat Hikmah

Sekiranya penghutang masih tak paham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ini. Korang tak perlu pergi simbah cat merah kat rumah penghutang. Tak perlu baling bangkai ayam mahupun bom tangan buatan sendiri. Kadang-kadang dengan menggunakan perkataan sahaja, anda mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda. Post di status atau di wall penghutang ayat-ayat hikmah dan sebagainya sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Contoh ayat bess yang aku jumpa :
“orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nnt akan dibayar dengan pahalanya…kalau org berhutang tu pn xde pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renung2kan..peringatan ntuk diri sendiri juga..”
Kalau orang tu tak terasa jugak, memang penghutang tu selamber tahap mentibang laut.

6 – Jangan malu!

Ini tips yang paling penting dan asas. Sebelum korang mengambil apa-apa tindakan menuntut hutang,korang harus mengikis rasa malu tak bertempat. Awal-awal dulu aku pon ade jugak rasa malu nak mintak hutang ni. Tapi bila dah banyak kali aku jumpa manusia jenis ‘pandai pinjam tak pandai bayar’, lame-lame aku dah tak rasa malu langsung nak buat gerakan gerila. Lagipon, kenapa korang nak rasa malu mintak duit yang memang jelas terang dan nyata ialah hak korang.


Yang sepatutnya malu ialah penghutang penghutang tegar tersebut. Kalau diorang boleh berlagak selamber dengan tidak membayar hutang, maknanya korang haruslah berlagak selamber juga memintak hak korang. Lagipon, bila korang bersikap macam ni, para penghutang ni tahu bahawa diorang takleh nak pijak kepala korang. Sebenarnya, kita mintak hutang bukannya tanda kita berkira. Tapi nak bagi pengajaran kat sesetengah orang yang sentiasa ambil jalan mudah dan pintas. Ingat sket, takde shortcut dalam hidup ni!

2 Cara terakhir yang aku boleh fikirkan ialah berdoa semoga orang yang berhutang tue membayar hutang mereka.
aku nak kongsi satu ayat cara menuntut hutang Amalkan membaca doa dibawah.
“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.
Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.