" TIPS SUPAYA TIDAK TERTIPU DGN PERFUME TIRUAN"..

Assalamualaikum

aku nak ajar satu tips. Tips untuk membezakan perfume tiruan and original. Sebenarnya yang ajar aku ni ialah seorang promoter di kaunter perfume mana ntah. Lupa sudah sebab it was a long time ago. Terima kasih kepada insan tersebut kerana telah menyampaikan ilmu yang berguna. Mari bereksperimen bersama Honeykoyuki anyoynyoynyonyo =)
1. Ambil botol perfume
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.
Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.
Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 
Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.Thank you for reading this entry !