Agar agar Roti

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air
  • 200 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Dsc01467
    Sejukkan didalam peti sebelum dipotong. 



Dsc01473