My little space



Assalamualaikum.
Disebabkan esok Sabtu and Ahad, so malam ni jadi rajin sikit.
Disebabkan takde topik hangat malam ni, so kita hangatkan dengan cerita dan borak-borak kosong je. Kita layan gambar je lah arini yek. Dalam2 tu, saya dan review sikit barang-barang yang saya suka.
Saya share meja solek yang tak berapa nak ada rupa sangat.haha
Rasanya, ni lah meja solek or meja make up paling simple kot saya ada. huhu.Beli meja kosong je pon, and atas tu pandai-pandai sendiri kasi nampak bermaya and hidup sikit. Plannya, nak beli meja solek white color yang macam vintage tu, tapi rasa macam besar sangat. So, saya buat simple macam ni je lah kot, yang penting lampu bulat-bulat tu ada. Nampak lah sikit macam diterangi "Nur". hehe. Meja ni antara tiap-tiap hari duduk tatap nak keluar, nak pegi kerja, nak lilit shawl pon dekat cermin ni lah!! hehe
Yang ni lah nak dikatakan pelik sikit sebab rasanya atas meja ni dia punya tahap kekemasan takkan bertahan lama. Lagi-lagi bila dah rushing nak pegi kerja, barang-barang semua tak tersusun dah.




Ok kita close up kan lagi bagi korang nampak jelas.