Tiada lagi C.I.N.T.A..





 Perkahwinan tidak semuanya indah. Keserasian, persefahaman dan sifat bertolak ansur amat penting."It takes two to tango".
Sebenarnya, perasaan cinta kasih antara suami dan isteri adalah kurniaan Tuhan yang sangat agung kepada hamba-hambaNya. Bahkan cinta dalam ikatan pernikahan ini merupakan sebentuk perasaan yang amat kuat, melebihi perasaan kecintaan terhadap benda-benda yang lain.

Antara kesan langsung yang mungkin anda tidak sedar akan berlaku adalah:-
  • Perasaan saling cinta-mencintai antara anda berdua akan kian pudar lalu akan sampai satu tahap ianya tidak boleh menjadi mekar kembali.
  • Hidup anda akan tertekan hingga boleh mendatangkan kesan terhadap prestasi anda di tempat kerja.
  • Membuatkan anda tidak tenang kerana sering pening kepala akibat terlalu tertekan memikirkan masalah rumahtangga yang tiada jalan penyelesaiannya.
  • Secara tidak sedar, sikap anda yang hanya membiarkan sahaja masalah rumahtangga anda begitu sahaja tanpa usaha menyelesaikannya bakal membuatkan anda sedang menuju ke jalan perceraian secara tidak anda sedari!are
  • Pengertian Perceraian adalah cerai hidup antara pasangan suami istri sebagai akibat dari kegagalan menjalankan peranan  masing-masing.
 Sesungguhnya tiada wanita yang inginkan sebuah perceraian namun jika ia menuntut harus saja kita pasrah dan ingatlah ia bukan sebagai pengakhiran suatu kehidupan.