Sikap Pasang Skandal

Selalunya orang yang suka pasang skandal adalah orang yang suka mainkan perasaan orang,
dia rasa dia terlalu hebat kerana dapat mempermainkan perasaan orang.

Dia rasa satu kepuasaan bila orang yang ingin dia tawan itu telah terpikat pada dirinya.
Pada saya orang yang macam ni bukan lah orang yang hebat bah kan terserlah keburukan diri
nya itu. Dia rasa dia WOW n HOT tapi sebaliknya.

             - Orang yang suka skandal banyak-banyak ini kurang keyakinan diri

                   Sebenarnya rupa dia mcm ni

                     
                         tapi dia perasan macam nie




Biasanya bila pujuk rayu orang dan buat orang jatuh hati pada dirinya, dia akan rasa dia HOT
sebab mampu memperdayakan orang

Skandal ni tak selalunya datang sendiri tapi mereka sendiri yang mencarinya.  Bermula
dengan perkenalan lepas tu skandal. So bagi dia, dia rasa hot.

HOT ke??...

-  Sebenarnya juga orang macam ni boleh dikatakan kurang kasih sayang.
Dah ada steady partner tapi tak puas hati dengan perhatian yang di beri oleh partner tu lalu pergilah mencari yang lain semata-mata inginkan perhatian yang berlebihan.

Bila dah ada perhatian yang berlebihan baru lah colourful hidup bila dicintai/di gilai di ambil berat oleh ramai orang. Konon nya rasa di SAYANGI.

                    -  Sebenarnya orang yang suka skandal banyak-banyak ini...keliru dan tamak.
Tamak sebab semua orang dia nak sapu.

Pandangan saya pada orang yang macam nie,...

Tak baik tau main-mainkan perasaan dan hati manusia.  Kalau tak serius, jangan main-main nanti
terkena pada diri sendiri. Baik lelaki mau pun perempuan fikirlah before nak skandal tak tentu hala.













Internet Dating,..beza sikap lelaki dan perempuan

 Pernah tak anda alami situasi internet relationship di mana anda berdua hanya
 pernah call and text tanpa melihat rupa masing-masing.


Pernah tak bercinta atau berkenalan dengan sesiapa di internet sampai terjatuh cinta sebelum melihat wajah si pemilik hati? Sapai pada satu tahap anda rasa jatuh cinta kat seseorang itu maybe sebab chacrater
dia, suara dia,gaya ketawa dia or maybe dia soft spoken atau di sebabkan rasa serasi?
Pernah tak??

Berkenalan di internet , berkawan dan jatuh cinta sebelum reveal wajah masing-masing.
Bila dah jatuh cinta sampai pada satu masa masing-masing setuju nak tunjuk rupa tapi
antara lelaki dan perempuan, sape yang akan pudar perasaan sayang tu bila tahu wajah
sebenar tak " se gah macam dalam imaginasi atau tak " se cantik/se hansem seperti
di dalam gambar.
Saya rasa antara lelaki dan perempuan lelaki akan hilang rasa sayang sekelip mata je
kalau dia tahu rupa gadis itu tak seperti yang di gambarkan. Not to say semua lelaki
tetapi kebanyakan lah.
Perempuan lebih considerate. Rupa dah boleh jadi kedua bila dah kenal hati budi.
Inilah beza antara lelaki dan perempuan bila berada dalam situasi Internet dating.




Kalau Tak Suka Jangan Beri Harapan Palsu Pada Dia


Kalau tak suka, tapi kenapa tiap kali di beri hadiah selalu terima dengan tangan terbuka?
Bagi saya jika tidak menyukai seseorang itu lebih dari seorang kawan jangan terlalu senang menerima sebarang hadiah sebab nanti takut terhutang budi dan secara tak langsung memberi harapan. May be dengan memberi hadiah itu untuk memujuk supaya membalas cinta dia. So janganlah terima except kalau dia respond "eh tak delah, saya tak nak balasan apa-apa, memang ikhlas nak bagi means itu memang rezeki.




Bila ada luahan dan kongsi masalah dengan dia, lagilah dia rasa macam perlukan kita,maka dia akan berharap terus



Dah tau dia suka kat kita, kita pergi buat muka paling cute sambil pandang dia. Lagilah dia tak boleh lupa lagi parah lah dia gila bayang.  Baik buat tak tahu je, muka blur pun tak pe asal jangan buat dia lebih perasan dan mengharap.

                                           SO

kalau rasa tak suka dan tak boleh suka sila lah berterus terang. It's best to tell them, rather than allow them to live a lie and give them false HOPE.

Hargai



Tak perlu memilih yg terlalu sempurna jika kita dh dapat orang yg boleh terima kita seadanya..hargailah orang yg sanggup susah senang dgn kita..tak perlu yg terlalu cantik/handsome utk bahagia..cantik/handsome adalah racun yg akan membuat kita terseksa suatu hari nanti..jadi,,hargailah jika kita sudah dapat pasangan yg SETIA,JUJUR & IKHLAS menerima kita seadanya..


Cuti-cuti di Janda Baik..


















Hidup kita banyak pilihan..


" Mengapa perlu kita begitu setia pada pintu telah tertutup untuk kita sedangkan ada pintu lain yang terbuka untuk kita. "
Setuju tidak pada madah di atas ? Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju. Depend on pendirian someone itu lah kan. Sebab dalam dunia ada banyak jenis manusia. Cara berfikir berbeza dan itulah yang membentuk pendirian masing-masing. 

Ada jenis orang yang kalau dia nak sesuatu, dia akan berusaha sehabis baik dan takkan mengalah selagi dia tak dapat apa yang diimpikan. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati sang kekasih. Mungkin dengan kesungguhan yang tiada tolok bandingan yang dipamerkan akan membuka hati sang kekasih. Siapa kata dok menyintai orang yang tak menyintai kita itu seorang yang loser ? Siapa sangka dengan sifat loser itu dia akan dapat apa yang diimpikan pada akhirnya. No ones know. Mungkin memang dialah si pemegang kunci hatinya yang telah ditakdirkan.

Ini bukan cakap kosong tau. Pernah terjadi someone tu ditolak lamarannya beberapa kali. Mungkin kalau orang lain taubat dah. Taknak lagi try. Stop. Tapi dia tak putus asa. At last lamarannya yang ke-4 diterima oleh sang kekasihnya itu. Memang betul lah kalau ada jodoh tak kemana. Rezeki dia lah. Dan mereka hidup bahagia bersama until now. Tapi jangan lah taksub sangat dengan pegangan ini sampai bunuh diri kerana gagal. Itu bodoh stupid kuasa doploh namanya.


Dan ada juga jenis orang yang berpegang pada madah di atas. When ur love has been rejected , apa susah, cari saja yang lain. Simple, isn't? Banyak lagi kumbang / bunga yang masih bebas berterbangan dan mewangi kan. Buat apa stick to him / her lagi dah kalau si dia memang dah taknak. Loser gile. Chop! Jangan menghina golongan di atas tu. Pernah dengar pepatah " easy get , easy go " . Haa Jaga-jaga wahai golongan ini. Bukanlah nak merendahkan pegangan korang tu. Tapi berhati-hatilah. Hidup ini kadangkala sengaja mahu kita berusaha lebih dan merasa penderitaan sedikit sebelum bertemu dengan kejayaan di penghujungnya. Jadi jangan lah mudah sangat let him / her go away from ur heart. Just my opinion. No offense. 


Actually dua-dua pegangan itu boleh diguna pakai. Tapi pastikan jangan sampai memakan diri kelak. . Maksud saya berpada-padalah. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat .


" everyone can say..



"Selamat Hari Malaysia..


Each Morning



"Each morning when I open my eyes I say to myself:

I, not events, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be. Yesterday is dead, tomorrow hasn't arrived yet. I have just one day, today, and I'm going to be happy in it."





Dalam Hidup Ini..



Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata.


Kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...

Sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI.




i need you..



                            I need you here to stop the rain;
                            I need you here to ease the pain;
                            If you leave me again,
                            I'll go insane
                            I need you here to hold me close;
                            Of all my needs, you are the most;
                            You are my medicine,
                            My favourite dose.
 
                            I need your warmth and your touch;
                            I need to feel that passionate rush;
                            And that sensation that is,
                            Much more than lust.

                            I need our love and ours alone;
                            All of our seeds we've together sown;
                            Not a brighter light,
                            Has ever shone.



Ruang Antara Jari



Tahu tak kenapa Allah ciptakan ruang antara jari??

Supaya satu hari nanti,seseorang yg diciptakan untuk kita akan datang dan penuhkan ruang-ruang itu dengan memegang erat tangan kita untuk selamanya..

Itulah hakikat cinta abadi..